Wednesday, March 19, 2014

'Recap' : Katsarin - Drama Bersiri 26 Episod

"...Alamdulillah... lama rasanye tak keudara dalam ruangan RECAP nih... Sebelum ini RECAP menceritakan tentang penglibatan ABG JAM dalam pembikinan drama aksi Ejen Rahsia 5 (ER-5) pada tahun 2006. Sebelum membikin ER-5 sudah banyak ABG JAM terlibat dengan penerbitan drama tempatan seperti drama 26 episod ROOM SERVICES arahan Ahmad Fauzee dan BARA terbitan SKOP Production... Nak cerita tapi foto nyer takde... Oleh itu, biarlah ABG JAM ceritakan STORY-MORI yang ade bahan nyer sajer... Baik, selepas ER-5 pada tahun 2006... ABG JAM terlibat pula dengan produksi tempatan yang menerbitkan drama bersiri 26 episod bertajuk KATSARIN..."

Tahun : 2007
Tajuk : KATSARIN
Watak : ORANG KANAN SUBSEK (ADAM CORRIE)

DALAM cerita ini saya memegang watak antagonis memburu Katsarin disamping bertindak sebagai koreografer aksi pertarungan sepanjang pembikinan drama 26 episod untuk RTM2. Penggambaran berlaku dibeberapa lokasi seperti di Kuala Lumpur, Klang, Pulau Pangkor, Langkawi, Changlun, Jitra, Alor Setar, Kuala Kedah, Port Dickson dan Danok. Ramai penglibatan pelakon tempatan seperti Aman Graseka, Adam Corrie, Nasir Bilal Khan, Julia Hana, Qazem Nor, Rashdan Baba, Saiful Zelwany dan ramai lagi.