Monday, March 07, 2011

Don 2

Penghujung bulan Februari dan awal Mac yang lalu AKMAL telah terpilih menjayakan filem popular Bollywood iaitu DON. Pada kali ini, AKMAL ditugaskan menjadi 'body-double' untuk Shahrukh Khan di samping melakonkan watak lagak ngeri dalam filem tersebut. Satu pengalaman berharga kerana telah bekerjasama dengan stunt-coordinator dari Jerman yang terdiri daripada Ralph, Stephen, Wolfgang, Swen dan Martin. Mereka semua pernah menjayakan beberapa filem aksi Hollywood seperti 300, Valkryie, Matrix dan Ninja Assasins.