Saturday, April 02, 2011

Aktiviti Bulan April 2011

Gambar diatas berlatar belakangkan lokasi penggambaran filem Don 2 di langkawi baru-baru ini yang mana saya terlibat dalam pembikinan sebagai pelakon dan 'body-double' Shah Rukh Khan. Untuk gambar seterusnya, sila klik di sini >>>

1] Latihan : Berikut adalah kelas latihan seni silat sendeng saya bagi bulan April 2011 di gelanggang AU3 Keramat seperti berikut ; 4hb, 6hb, 11hb,  13hb, 18hb, 20hb, 25hb dan 27hb.

2] Latihan : Putra Perdana : Kelas latihan silat sendeng setiap hari selasa atau khamis di gelanggang Putra Perdana, Selangor.

3] Latihan : Wangsa Maju : Kelas Silat Sendeng setiap hari sabtu bertempat di SMK Zon R1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

4] Penggambaran : (masih belum confirm jadi atau tidak) : Projek filem Tamil berbahasa 'Telegu' Sebagai 'stuntman' dan lokasinya sekitar Kuala Lumpur.

5] Penggambaran : (masih belum confirm tarikhnya)  : Projek telemovie aksi, seram & fiksyen FAIL X - Kromosom 24 untuk RTM, sebagai pelakon pembantu (leftenan Akmal), akan memulakan penggambaran kelak.

*boleh kata dalam bulan april ini, projek atau aktiviti yang saya sudah 'lock' hanya kelas latihan saya di gelanggang AU3 Keramat, Putra Perdana & Wangsa Maju.hihihihi ;-)