Wednesday, February 06, 2013

Vilanova: “Dalam liga Yang lain, Atletico akan menjadi pemimpin”

Ketiadaannya turut meresahkan kem FCB selepas kehilangan Pep Guardiola yang berhijrah ke FC Bayern Munchen (Munich)...

PADA hari sebelum kembalinya Tito Vilanova setelah pulih dari sakit, beliau tidak mempunyai apa-apa melainkan pujian untuk pesaing ditangga kedua iaitu Atletico Madrid. "Jumlah mata mereka menceritakan semuanya. Kami telah membuat permulaan yang terbaik dalam sejarah la liga dan mereka pula pada mulanya mendahului, kemdian ketinggalan 3, 6, 9, 11, 8 dan kini hanya 9 mata dibelakang. Kebarangkalian dalam liga yang lain, mereka akan menjadi pemimpin liga. Mereka juga membuat permulaan yang hebat untuk musim ini dan mereka menamatkan kempen dengan yang cemerlang pada musim lepas. Ini meletakkan kami (FC Barcelona dan Atletico Madrid CF) berdua bersama-sama melakukan perkara yang menakjubkan ".

Walaupun tewas kepada Real Madrid pada pertemuan awal musim ini, Vilanova menjangka Atletico tetap menjanjikan pertemuan ‘benar-benar rumit’ pada perlawanan mendatang. Beliau memberitahu pemberita, “permainan mereka telah banyak berubah dan secara tiba-tiba anda sedar yang anda kalah pada mereka. Saya meletakkan nilai yang lebih kepada mereka yang telah pun berjaya mengumpul bilangan Piala dalam Liga Europa. Mereka percaya pada diri sendiri dan itulah perkara yang paling penting dalam satu pasukan”. Beliau juga tertarik dengan perancangan pengurusnya, Diego Simeone dan mendapat pujian khas dari Vilanova, “Ia adalah sesuatu yang sukar untuk mengambil alih di tengah-tengah musim dan berjaya menukar dinamik pasukan tersebut. Dan itulah apa yang dia lakukan pada tahun lepas”.

Lebih daripada sekadar Falcao

Aksi Falcao sewaktu membelasah Chelsea FC dalam perlawanan UEFA Super Cup 2012 dengan Atletico Madrid CF membelasah 'The Blues' 4-1...

Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao begitu cemerlang secara individunya musim ini untuk Atletico tetapi Vilanova percaya bahawa kerja berpasukan amat penting dan menjadi satu faktor dalam kejayaan pasukan ini: “Mereka telah mendapat kelompok pemain yang berkualiti, yang benar-benar jelas tentang apa yang mereka perlu lakukan. Mereka bukan hanya Falcao; mereka memiliki pemain lain yang boleh mencatat nama sebagai penjaring gol seperti Diego Costa dan Adrián, dan pemain tengah dan pertahanan yang menyusup masuk ke dalam kedudukan menyerang. Dan apabila mereka terpaksa bertahan, mereka mempertahankannya dengan sangat baik secara bersama-sama.”

Walau bagaimanapun, Vilanova mendedahkan bahawa kehadiran penyerang Columbia tidak akan mengubah cara kami bermain. “Kami sering menggunakan strategi berada di zon paling selesa, iaitu jauh dari kawasan gol dan secara logiknya kami tidak akan mengubah cara kita bermain , terutama dengan Falcao (di padang)”. Seperti mana-mana perbandingan umum tentang Leo Messi dengannya, beliau memberitahu pemberita: “Mereka pemain yang berbeza secara umum, mereka mempunyai keupayaan untuk skor (menjaringkan gol) dan mereka berdua akan lebih baik dan lebih baik pada masa-masa yang akan datang”.

Liga Primera Sepanyol sememangnya kini banyak menghasilkan pemain-pemain yang berbakat bertaraf dunia selepas Liga Brasil...