Saturday, March 27, 2021

Penggambaran Budak Tebing 2

RASANYA lama jugak Abang J.A.M tak update aktiviti shooting, awal tahun baru bari ini Abang J.A.M shooting telemovie 'Angkara Dendam', sebagai koreografer aksi lawan dan 'cameo' dalam cerita tersebut. Pancit jugak masa tu sebab dah lama sangat tak beraksi lasak, alhamdulillah Abang J.A.M berjaya melaksanakannya dengan mememuaskan pihak produksi terutama pengarahnya, Feroz Kader. 

Untuk projek penggambaran yang seterusnya, kali ini Abang J.A.M nak share update shooting satu aktiviti penggambaran, terlibat dengan produksi bernaung bawah TV3, penerbitnya Jalena Rejab, kali pertama menerima job daripadanya, tambahan pula pengarahnya Abang J.A.M bekerjasama iaitu Feroz Kader. Projek kali ini bertajuk 'Budak Tebing 2', Abang J.A.M bertindak sebagai koreografer dan tidak berlakon. Antara babak pertarungan yang melibatkan pelakon seperti Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Edy, Adam Lee, semua mereka mendapat sentuhan koreografer Abang J.A.M