Monday, March 01, 2021

Kamen Rider Malaysia!

KAMEN Rider Malaysia!!! Wow... terkejut Abang J.A.M apabila menerima mesej dari peminat cerita adiwira Adiperkasa baru baru ni... yelah, dah lama jugak Abang J.A.M tak beraksi atau ber'henshin', terharu dan bersemangat rasanya apabila membaca mesej tersebut. Tunggulah perkembangan terkini naskhah cerita Adiwira AdiPerkasa kelak dari penerbitnya yang menerbitkan beberapa siri adiwira yang lain. Naskhah yang terdekat jika tiada aral melintang adalah kronologi 2 - Adiwira Adijagad, Sang Kumba, Sitaji, Zirah Pendekar dan lain-lain. Kita sama-sama doakan usaha mereka mendapat perhatian pihak berkenaan.


Abang J.A.M sentiansa menyokong perjuangan mereka kerana mereka memang berbakat dan layak diletakkan tempat yang sepatutnya. Jika mereka ini di Jepun, sudah pasti peluang mereka akan cerah kerana kepakaran sebegini amat luas dan permintaan tinggi di sana. Saya pun tidak faham kenapa mereka tidak diberikan sokongan oleh pihak berkenaan. Sedangkan mereka menghasilkan kronologi 1 Adiwira Adiperkasa dalam bajet teramat kecil, namun mereka berjaya menghasilkan kualiti grafik yang setanding dengan visual efek yang mahal. Abang J.A.M turut berharap akan ada pihak tampil membantu dan memberikan sokongan moral mahupun wang ringgit selepas ini. Keep it My Frenz!

Oklah, Abang J.A.M belanja sikit 'henshin' Adiwira Adijagad untuk korang semua... 'MENJELMA'...