Monday, August 05, 2013

Seni Silat Sendeng Malaysia : Pengertian Seni Silat Sendeng (Bahagian 2)


NAMA Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.

Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -

SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang berposisi mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun rohaniah. Dari segi istilah perkataan 'Sendeng' terdiri dari dua sukukata yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG'.

'SEN' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.

'DENG' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.

"...Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan..."

Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup".

...BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 3...

Tribute To Ejen Rahsia 5 (ER-5) Bahagian 5


SEDAR tak sedar dah masuk bahagian kelima buat kolum 'Tribute To Ejen Rahsia 5' ABG JAM nih... Sebenarnya ada banyak babak pertarungan yang melibatkan ABG JAM dalam cerita nih, tapi ABG JAM tak muat-turunkan semua, kalau semua alamatnya tak ABIH2 ler ruangan nih nanti... Dalam episod kali ini, ABG JAM paparkan petikan pertarungan dalam episod terakhir dalam ER-5. Kirenyer tahap 'international' JUGAK citer ER-5 nih... Ada melibatkan MAT BLACK... perggghhh... Let's KICK it!!!

"... Maka, STORY-MORY video-REEL ini adalah petikan pertarungan dalam episod terakhir Ejen Rahsia 5 iait episod ke-13 yang bertajuk UNMASKED. Fulaweyyyy... ENTE perasan dan PERASANTAN tak? Kesemua tajuk dalam ER-5 ini adalah dalam bahasa inggeris... Dalam episod UMASKED, ada sikit babak cintan-CINTUN tapi bukan melibatkan ABG JAM...Eeeee... geli tengkuk kalau ABG JAM buat babak tuh... Salah seorang daripada ali ER-5 iaitu Shahrul terpaksa membongkar rahsia demi menyelamatkan 'awek' NYER... Aweknyer itu adalah nspektor polis yang turut menyiasat misteri TEAM ER-5 nih. Dalam operasi menyelamat itu Shahrul tercedera dan ketika itu rahsia identitinya terbongkar... Rahsia ABG JAM iaitu Jeffery takkkk... huihhh... hero la katakan..."

Inilah serba-sedikit tentang petikan2 aksi video-reel tentang ER-5. InshaAllah keluaran akan datang ABG JAM akan 'keudarakan' video-REEL' aksi ER-5 secara keseluruhan yang diedit khas untuk ENTE semua...

Sunday, August 04, 2013

Unbeatable - Sebuah Naskhah Buat Peminat 'Mixed Martial Arts' (MMA)


HIDUP umpama seperti didalam gelanggang MMA ... iaitu, Anda hanya perlu kembali ke gelanggang dan terus berjuang! Sebuah lagi filem aksi pertarungan buat peminat seni beladiri di layar perak. Kali ini peminat MMA (Mixed Martial Arts) pasti boleh bergembira! Pengarah filem, Dante Lam kembali dengan satu lagi filem Hong Kong blockbuster, kali ini dengan aksi pertarungan dasat dan ganas dalam fiem aksi pertarungan berjudul UNBEATABLE dalam terjemahan bahasa melayu ialah TIADA TANDINGAN!

UNBEATABLE bermaksud 'Tiada tandingan', atau lebih mudah, 'Tidak Terkalah' menceritakan tentang tinju bekas juara Fai (Nick Cheung) dikelilingi dengan hutang yang menimbun dan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian berhubung perkara tersebut. Untuk melarikan diri penghutang beliau, Fai melarikan diri ke Macau dan bekerja di gimnasium sebagai pembantu jurulatih dalam kelas berat badan.


 
Manakala Qi (Eddie Peng), seorang yang ‘berdarah panas’ pernah dilabel sebagai anak orang kaya di Tanah Besar China. Walau bagaimanapun, perniagaan keluarga mereka mengalami kejatuhan teruk dan menemui kegagalan, ini memaksa Qi keluar dari kepompong keluarganya dan membuat kerja-kerja pembinaan di sekitar Macau.

Untuk memberi inspirasi kepada ayahnya untuk bangkit dari kegagalan dan memuliakan ayahnya, Qi bertekad untuk memasuki satu pertandingan MMA yang terbuka dan berlatih di gimnasium tempat Fai mengajar. Apakah kesudahan cerita ini? dapatkah Fai menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan berjayakah Qi dalam lapangan pertandingan MMA yang disertainya itu...



"... Bagi ABG JAM, ianya satu perkembangan yang buat dunia perfileman seni beladiri khususnya kerana ada lagi pihak yang berani mempelbagaikan genre aksi pertarungan dalam layar perak. ABG JAM belum tonton lagi cerita ini, cume ape yang buatkan ABG JAM nak promosikan ialah berhubung bakal tayangannya yang akan menemui ENTE semua pada 15 Ogos ini... Buat pengamal MMA, jangan lepaskan peluang ini..."


Ronaldinho Menyinar, Atlético Mineiro Juara Copa Libertadores 2013


SAPER tak kenal dia NIH… HUIIIH, 'legend' bolasepaka dunia yang masih hidup NIH… setelah sekian lama menyepi… kini dia kembali menyinar pentas bolasepak antarabangsa… dahulu Ronaldinho menyerlah di Eropah dan dunia… tahap kemuncaknya ialah ketika bersama FC Barcelona. Memulakan karier bersama kelab di brazil iaitu Gremio dan keajaibannya itu terus disambar oleh PSG (Paris Saint Germains). Bakatnya terus berkembang setelah dia menyertai FC Barcelona sehingga menjadi pemain terbaik dunia, Eropah dan Amerika Selatan.

Namun, bakatnya mula merundum setelah meninggalkan FC Barcelona dan menyertai AC Milan pada tahun 2009. Setelah berkelana lama di Eropah, pada tahun 2011, Ronaldinho mengambil keputusan untuk kembali ke liga brazil dengan menyertai Flamengo. Ramai peminat dan pemberita menyatakan itu adalah penamat kariernya. Telahan tersebut seperti menyatakan kebenarannya apabila dia bergelut mengembalikan kembali prestasi hebatnya ditambah pula dengan permasalahan kelab tersebut gagal membayar gaji penuh Ronaldinho.



Kecewa dengan situasi tersebut Ronaldinho tetap berusaha memperbaiki dirinya dan akhirnya kelab Atletico Mineiro melamarnya menyertai mereka. Bermula tahun 2012, Ronaldinho mula menemui sentuhan asalnya dan gerakan-gerakan magisnya kembali memukau lawan dan kawan. Buktinya, Ronaldinho berjaya membantu kelab menjadi juara liga libertadores 2013 pada hari rabu lepas dengan menewaskan kelab dari Paraguay, Olimpia dengan penentuan sepakan penalty setelah terikat agregat 2-2 dalam masa penuh.

Piala Liga Libertadores sama seperti Liga Juara-Juara Eropah. Maka dengan kemenangan ini, Atletico Mineiro akan mewakili benua Amerika Selatan pada kejohanan Piala Dunia Kelab 2013 yang turut disertai oleh FC Bayern Munich selaku juara benua Eropah yang akan dilangsungkan pada hujung tahun ini. Dan dunia sekali lagi bakal melihat kelibat Ronaldinho beraksi dipentas tertinggi itu setelah kali pertama bersama FC Barcelona pada tahun 2006 yang lepas, tetapi tewas ditangan Internacional SC 0-1 di final.


"... ABG JAM meme respek abih dengan si mamat bergigi jongang nih... yang paling best bile dia main bola sambil tersenyum... kalau itu senarionya sudah pasti tahap permainannyer akan BEST dan team dia selalu menang... Rindu skil dia dulu meme klasss... HOPE, dia dipilih balik wakil Brazil pada Piala Dunia 2014 nanti..."


Saturday, August 03, 2013

EP4 : Jeet Kune Do - Prinsip Dalam JKD Bruce Lee


...Bertemu kembali pada episod yang seterusnya...

"...Pada keluaran yang lepas, ENTE semua disajikan informasi berkenaan dengan teori dan pendekatan yang digunakan dalan JEET KUNE DO (JKD) Burce Lee. Kali ini ABG JAM terus menyampaikan informasi buat ENTE serta peminat Bruce Lee yang 'fans' BEBENOR dengan JKD. Al-maklumlah, JKD bukan senang dapat di Malaysia NIH... SO, ABG JAM mengurangkan kekecewaan itu dengan informasi yang berguna ini. Moga-moga informasi ini boleh KITE kongsikan bersama-sama... SO, pada kali ABG JAM cuba terangkan secara RINGKAS, MUDAH dan PADAT isi kandungannya buat episod 4 ini berkenaan dengan PRINSIP dala JKD... Selamat Menimba Ilmu..."

BERIKUT adalah prinsip-prinsip yang Bruce Lee masukkan ke dalam sistem pembelajaran Jeet Kune Do. Bruce Lee berpendapat ini adalah kebenaran dalam pertempuran sebenar yang telah jelas dengan sendirinya, dan formula kajiannya ini akan membawa kepada kejayaan 'pemakai'nya jika diikuti dan digunakan dengan betul dalam sesuatu 'peperangan'. Kebiasaannya dalam setiap satu daripada pertempuran yang khusus, ia boleh dianggap sebagai satu peranan penting dalam menjadikan seseorang itu sebagai artis beladiri yang matang dan lengkap.


JKD Bruce Lee mengajar pengamalnya iaitu sistem pertahanan terbaik ialah 'menyerang'!, maka wujud prinsip dan sistem dalam JKD yang dikenali dengan 'Intercepting Fist' yang bermaksud pirinsip 'Memotong atau Memintas Serangan'. Bagi seseorang yang menyerang menggunakan tangan, penyerang 'bermain secara dekat' dengan sasaran. Ini memberi peluang kepada orang yang diserang itu untuk menggunakan prinsip atau kaedah 'memintas serangan'. Prinsip 'pemintasan' boleh digunakan untuk lebih daripada memintas serangan secara fizikal. Serangan balas secara tergempar (pergerakan halus yang lawan mungkin tidak sedar) boleh dilihat atau tidak, dan dengan ianya akan memberi faedah dan manfaat pada seseorang melaksanakannya.

Oleh itu, Bruce Lee memperkenalkan prinsip atau kaedah 'The Five Ways Attack' iaitu kaedah 'Lima Cara Serangan'yang akan memberi 'kemudahan' buat pengamal JKD dalam 'menyelesaikan' sesuatu pertempuran dengan tenang dan senang. Prinsip ini terdiri daripada ajaran serangan JKD iaitu konsep 'Stop Hits & Stop Kicks' dan 'Simultaneous parrying & punching', mengambil resmi dan prinsip dari permainan lawan pedang serta konsep Wing Chun, yang mana secara jujurnya kaedahnya adalah serentak dalam menyerang dan bertahan. Konsep-konsep ini telah diubah suai untuk pertempuran bersenjata dan dilaksanakan ke dalam rangka kerja JKD oleh Bruce Lee, maka engkaplah 'prinsip pemintasan'.

"...Bersambung dalam episod ke-5 yang bertajuk 'Be Like Water' atau diterjemahnya iaitu 'jadilah seperti air'... Tunggu pada keluaran seterusnya, inshaallah..."

Friday, August 02, 2013

Tazkirah Ramadhan : Kebaikan Beristighfar Dalam Berkeadaan Puasa


BERISTIGHFAR, meminta ampunan serta berdo'a ketika dalam keadaan puasa, berbuka dan ketika makan sahur. Do'a orang puasa adalah mustajab (dikabulkan), baik ketika dalam keadaan puasa ataupun ketika berbuka Allah memerintahkan agar kita berdo'a dan Dia menjamin mengabulkannya. Allah berfirman: 

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku mengabulkannya untukmu." (Ghaafir: 60).

Dan dalam sebuah hadits disebutkan: 

"Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya disebutkan, orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya hadits shahih hasan.)

Kerana itu, hendaknya setiap muslim memperbanyak, zikir, do'a dan istighfar di setiap waktu, terutama pada bulan Ramadhan, ketika sedang berpuasa, berbuka dan ketika sahur, di saat turunnya Tuhan di akhir malam. Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Tuhan kami Yang Mahasuci dan Maha tinggi turun pada setiap malam ke langit dunia, (iaitu) ketika masih berlangsung sepertiga malam yang akhir seraya berfirman "Barangsiapa berdo'a kepada-Ku, niscaya Aku kabulkan untuknya, barangsiapa memohon kepada-Ku, niscaya Aku memberinya dan barangsiapa memohon ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampuninya." (HR. Muslim).

Amalan-Amalan Rasulullah Ketika di Bulan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM, buat muslim dan muslimat ABG JAM ucapkan pada pagi jumaat yang mulia ini. Enam hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya, oleh itu, kesempatan ini ABG JAM ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang amalan mulia yang boleh KITE lakukan sepanjang bulan yang baik ini.

Ramadhan seakan menjadi saranan yang paling isitmewa untuk menjadikan diri kita termasuk dari orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat merugi kija kita lewatkan. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta’ala.

Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari do’a yang mereka amalkan ‘Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya’baana wa ballighnaa Ramadhan.’ Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.

Di antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadhan sebagai berikut:-


1. Solat Tarawih
Tidak jauh berbeda dengan solat malam yang kita laksanakan di luar bulan Ramadhan. Perbezaannya mungkin hanya dalam pengamalannya, iaitu berjama’ah. Rasulullah SAW bersabda:-

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (shalat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu”
(Riwayat Bukhari)

Selain solat sunat tarawih berjama’ah, juga biasanya dilasanakan setelah shalat Isya berjama’ah.


2. Membaca Al-Quran dan terjemahannya
Allah berfirman yang bermaksud:-

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).”
(Surah Al-Baqarah ayat 185)

Maka sayugianya kita memanfaatkan waktu kita di bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadist bahawa pahala setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah sepuluh.

Apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah, tentunya akan dilipat gandakan beberapa lipat. Selain itu jiwa dan hati mereka yang mengamalkan akan selalu dalam keadaan tenang. Rasulullah SAW bersabda:-

“Orang-orang yang berkumpul dalam masjid dan mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, maka kepada mereka aan diturukan ketenengan jiwa, dilimpahkan rahmat, dikelilingi malaikat dab nereja disebut-sebut Allah di antara orang sekitarnya..”
(Riwayat Bukhari)


3. I’tikaf di Masjid
Sebuah kegiatan yang dilaksanakan di dalam masjid. Kegiatan ini diisi dengan beberapa amalan ibadah lainnya, seperti tilawah Al-Quran, dzikir, mendirikan shalat sunnah dan lain sebagainya. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW selalu melaksanakan I’tikaf. Apalagi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.
Hal tersebut terlihat dari sebuah hadist yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra. bahwa Rasulullah SAW ketika menyisir, beliau hanya mengeluarkan kepalanya saja agar bisa disisirkan oleh isterinya. Sedangkan badannya masih ada di dalam masjid agar tetap dalam keadaan I’tikaf.


4. Shadaqah
Shadaqah juga merupakan salah satu amalan mulia yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

“Shadaqah yang paling utama (afdhal)adalah shadaqah di bulan Ramadan.”
(HR Tirmizi)

Dalam hadist tersebut sudah jelas makna dan apa yang harus kita lakukan. Jika seperti itu, pasti di balik amalan ibadah tersebut ada pahala yang berlipat-lipat. Jadi tidak aneh lagi jika di bulan Ramadan ini, dengan mudah kita dapati orang-orang baik yang mengeluarkan hartanya untuk sedekah.

Mungkin tak usah jauh kita ke Indonesia. Di sekitar kita, khususnya di masjid-masjid, baik besar atau pun kecil akan menyediakan ma’idatu Rohman (Hidangan kasih sayang). Di jalan-jalan pun demikian. Tidak sedikit orang-orang Mesir, ketika mendekati waktu maghrib mereka bersiap di sisi jalan untuk memberikan makanan atau minuman kepada mereka yang berada dalam perjalanan (kenderaan). Serta tidak jarang, di antara kita (masisir) ada yang mendapatkan daging firah setiap hari untuk buka puasa.
Hal tersebut tiada lain, sebuah rasa sadar terhadap keberkahan Ramadan. Mereka benar-benar tak ingin tertinggalkan keberkahan bulan tersebut. Kerana mereka tahu, tidak ada jaminan untuk tahun depan kembali lagi bertemu dengan bulan suci Ramadan.

Semoga dengan mengamalkan amalan-amalan ibadah di atas dan amalan yang lainnya, kita termasuk orang-orang yang mendapatkan tujuan puasa tersebut. La’allakum tattaquun, iaitu predikat bertaqwa. Allah berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu”
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Ketika kita bertaqwa, kita pun akan menjadi orang yang paling mulia di hadapan Allah Ta’ala. Kita lihat seseorang yang dimuliakan oleh orang tuanya. Mereka diberi sebelum meminta, kebutuhannya selalu terpenuhi, hari-harinya tak lepas dari kasih sayang, selalu dilindungi. Itu mulia di hadapan manusia, apalagi di hadapan Allah Ta’ala?