Saturday, February 26, 2022

Bahagian 1 : Illuminati : Pertubuhan Penyembah Iblis!

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ، حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَو الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ، يَا عَبْدَ اللهِ، هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ؛ إِلَّا الْغَرْقَدَ، فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga engkau semua akan memerangi orang-orang Yahudi sampai batu-batu yang di belakangnya itu ada orang Yahudi yang bersembunyi. Mereka berkata, 'Hai orang Islam, ini ada orang Yahudi bersembunyi di belakangku, maka bunuhlah orang ini'. (HR Bukhari-Muslim).

DALIL hadis diatas membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW. Ramai umat manusia terutama orang Islam di Malaysia yang tidak mempercayai apa yang berlaku ini adalah sudah dirancang. Siapa yang merancang? Dalam artikel yang lepas penulis sudah menerangkan secara jelas siapa yang melakukan agenda ini atau konspirasi ini. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku, sedang kita hadapi ini adalah salah satu agenda dajjal seperti yang dijanjikan kepada kita!

Perlukah kita berpelukan tubuh tanpa melakukan apa-apa persiapan atau benteng pertahanan? Sedangkan mereka pendokong dajjal ini sudah bekerja beribu ribu tahun melakukan usaha mereka bagi merealisasikan cita cita dajjal iblis ini! Mereka melakukan pelbagai tipu daya licik sehingga umat Islam sendiri membantu dan menyokong mereka sama ada sedar atau tidak. Mereka tidak pernah tidur sesaat pun sedangkan kita selesa lena diulit intan dalam keadaan sekarang tanpa menyedari mereka telah pun hampir tiba ke penamat.

Mungkin ada di kalangan kita baru menyedari peranan dajjal ini kerana COVID 19, tapi tidak bagi penulis yang sudah menghidu agenda dajjal ini sejak tahun 2000 lagi. Saya sudah mengetahui pada masa hadapan akan ada program dajjal yang dinamakan DEPOPULATIONS 500, iaitu program suntikan vaksinasi ke atas manusia bagi tujuan penanaman cip secara senyap dan operasi mengecilkan populasi bumi. Kenapa mereka berbuat demikian? Ini kerana apabila dajjal ingin memerintah dunia, iblis keparat ini akan memastikan mereka boleh mengawal manusia dalam kadar yang mereka tentukan. Populasi dunia kini amat padat, perlu dikecilkan seperti yang digambar dalam filem Avengers : Infinity War & End Game (petikan jari Thanos).

Siapa yang melaksnakan agenda dajjal sehingga berjaya? Ejen-ejennya terlalu ramai dan banyak, sama ada organisasi atau individu, itulah gambaran bagi tentera dajjal ini! Baik pemimpin negara, raja, menteri, askar, polis, doktor, hakim, peguam, jurutera, ahli akademik, ahli perniagaan, orang seni (artis) mahupun agamawan, semua adalah penolong-penolong bagi kejayaan dajjal laknatullah ini! Saya nak sebutkan satu-satu memang tidak termampu, jadi biarlah saya berkongsi secara umum sahaja selebihnya anda cari sendiri.

Semua sudah tahu halnya freemason ini. Janganlah kita salah anggapan bahaya pertubuhan iblis freemason ini satu-satunya organisasi pelaksana agenda dajjal! Sebenarnya terlalu banyak organisasi yang terlibat yang mereka tubuhkan. Untuk kali ini saya kongsikan organisasi seterusnya yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan agenda dajjal. Organisasi ini lebih hitam, lebih mistik, lebih jahat dari freemason, iaitu ILLUMINATI. Apa itu illuminati? Ianya bukannya sebahagian dari freemason, tetapi agenda mereka sama iaitu memusuhi ISLAM dan pelaksana agenda dajjal!

Pertubuhan Iblis Illuminati ini diasaskan oleh Prof. Adam Weishaupt atau nama panjangnya Johann Adam Weishaupt pada 1776 di Ingolstadt, Jerman. Mereka dibiayai dan ditanggung sepenuhnya oleh Rothschild, seorang jutawan Yahudi Jerman. Pada ketika itu Adam Weishaupt yang berbangsa Yahudi dan beragama Judais bertugas sebagai profesor Undang-Undang di Universiti Ingolstadt. Lihat, seperti yang saya katakan pelaksana agenda dajjal ini bukan golongan cikai-cikai, mereka dari kalangan golongan profefional!

Pada awal 1770-an, Adam Weishaupt telah mengambil keputusan mengejut dengan secara tiba-tiba memeluk agama Kristian Katholik. Apa-apapun fahaman Katholik tetap jahat kerana sudah pun dikuasai oleh dajjal, tak percaya siasat apa yang berlaku di Vatican City! Tujuan beliau beralih agama tidak pula diketahui. Atas kesungguhannya dalam Katholik, Adam Weishaupt dilantik sebagai paderi dan bertugas di Gereja Besar Ingolstadt. Semenjak perlantikan itu, Adam Weishaupt dilihat cuba mengambil kesempatan atas jawatannya yang diberi sebagai paderi, dengan kuasa yang dia ada, mempengaruhi ahli-ahli akademik lain. Pengaruhnya sebagai paderi telah digunakan untuk satu tujuan rahsia yang tidak diketahui pihak pengurusan gereja.

Pada tahun itu juga Adam Weishaupt sudah mula menulis perancangannya di dalam sebuah buku yang menceritakan impiannya untuk membina Synagoge of Satan (Kuil Syaitan). Tujuan pembinaan kuil ini ialah untuk menjadikan tapak tempat berkumpul ahli-ahli Illuminati yang berjaya dipengaruhi oleh Adam Weishaupt khususnya ahli-ahli akademik, ahli perniagaan dan golongan korporat. Kenapa dia merekrut golongan golongan tersebut? Ini kerana golongan adalah golongan yang dihormati dan mudah dapat mempengaruhi orang ramai kerana kelayakkan dan taraf keistimewaan mereka. Adam Weishaupt juga sempat mengajar pengikut-pengikutnya melakukan penyembahan berhala dan kesyaitanan.

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya kegiatan sulit Adam Weishaupt itu disedari oleh pihak pengurusan gereja dan akhirnya beliau dipecat dari jawatan paderi dan serta merta dikeluarkan dari jawatan kuasa pengurusan Gereja Ingolstadt. Perkara yang diterapkan oleh Adam Weishaupt kepada pengikut-pengikutnya ialah dunia tidak akan aman selagi terdapat banyak kerajaan dengan pelbagai jenis system pemerintahan. Beliau menegaskan seluruh kerajaan dunia harus dihapuskan dan digabungkan di bawah satu pemerintahan yang adil. Pemerintahan mestilah dipimpin oleh Yahudi. Melalui saranan inilah juga tercetusnya idea sekular yang melanda fahaman agama di dunia termasuk ISLAM kini.

Pada 1 Mei 1776, Adam Weishaupt tamat menulis buku perancangannya dan mengumumkan penubuhan Illuminati. Tarikh 1 Mei juga adalah hari ulang tahun fahaman Komunis yang disambut setiap tahun. Tarikh itu jugalah seluruh dunia gunakan sebagai tarikh sambutan ulangtahun hari pekerja yang diraikan oleh umat manusia dunia. Huh, satu dunia kena tipu!  Sebenarnya itulah tarikh Adam Weishaupt menyiapkan segala perancangannya untuk memusnahkan seluruh kerajaan dunia dan agama-agama yang ada bagi memastikan Yahudi memegang tampuk pemerintahan secara tersembunyi seperti sekarang. Dajjal lah Raja-nya kelak!

Di Perancis pada tahun 1789 dengan tujuan menggulingkan pemerintahan beraja perancangan pertama Illuminati ialah mencetuskan Revolusi Perancis. Amat menghairankan bagaimana Weishaupt yang berada di Jerman mahu mencetuskan revolusi tersebut malah ahli-ahlinya juga tiada berbangsa Perancis. Untuk menjayakan sesuatu agenda Dajjal mesti mencetuskan sesuatu musibah, huru hara, sama seperti apa yang sedang kita hadapi sekarang! Masih tak nampak lagi penglibatan dajjal dalam urusan dunia ini ke? Sememangnya Rasulullah SAW sudah berpesan pada kita semua umat Islam, tetapi anda semua yang lalai!

Bersambung…