Wednesday, February 02, 2022

Bahagian 6 : Freemason : Isu Freemason dalam pentadbiran Malaysia?

Dalam siri yang lepas, penulis telah berkongsi secara mudah dan ringkas tentang organisasi iblis Freemason ini. Ramai yang menganggap ini suatu rekaan atau teori konspirasi, sekali lagi ditegaskan ianya bukan teori konspirasi atau satu dongengan cerita seperti fiksyen kerana segala yang berlaku sekarang ini adalah dirancang dengan sebaiknya. Terpulang pada anda semua, tiada paksaan buat penulis untuk mereka menerima atau tidak, kenapa penulis begitu aktif menulis tentang freemason ini, kerana ianya boleh memberi ancaman akidah pada umat Islam amnya.

Mereka akan membiarkan umat manusia menilai mereka tanpa dapat memberi ancaman langsung pada mereka serta membiarkan hidup manusia dalam kekeliruan dan mereka boleh menjalankan agenda rahsia secara aman sehingga matlamat mereka tercapai. Inilah strategi peperangan yang mereka lancarkan kepada manusia terutama Islam! Strategi dan perancangan ini telah dilakukan sudah sekian lama tetapi kita manusia dan umat Islam lalai! Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 217;

 ۚ وَالْفِتْنَةُ اَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُوْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ حَتّٰى يَرُدُّوْكُمْ عَنْ دِيْنِكُمْ اِنِ اسْتَطَاعُوْا ۗ 

"Sedangkan fitnah lebih kejam daripada pembunuhan. Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad (keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup."

Ramai yang terkeliru, apa yang dikatakan dengan KONSPIRASI? Definasi konspirasi sebenarnya adalah suatu pernyataan umum bagi mewakili tindakan merancang suatu rahsia bagi tujuan tujuan yang boleh memudaratkan orang lain dengan cara halus dan tersembunyi. Jika dirujuk dalam kamus dewan edisi keempat, konspirasi bermaksud perancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang undang terutamanya yang ada sentiment politik. Negara kita juga tidak terlepas dengan bahang komplot konspirasi peringkat tertinggi dan al marhum Tok Guru Nik Aziz menyedari perkara ini.

Isu Freemason ini pernah dibangkitkan oleh Al Marhum Tok Guru Nik Aziz di parlimen dahulu pada 25 oktober 1978. Ketika itu al marhum masih bergiat dalam politik sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, beliau mempersoalkan Perdana Menteri (PM) sewaktu itu, Tun Hussein Onn yang membiarkan organisasi iblis Freemason ini didaftarkan dengan banyaknya di Malaysia! Ya, freemason di negara kita ini mendapat kebenaran dan bergerak bebas menjalankan dakyah mereka!

Pada 20 April 1977, Pendaftar Pertubuhan menjelaskan pertubuhan Freemason dibenarkan bergerak di negara ini kerana tidak menyalahi undang-undang, malah menganggap kegiatannya tidak mengganggu keamanan dan ketenteraman rakyat. Dek kerana keputusan inilah yang membuatkan al marhum mempersoal dan bersuara di Parlimen! Namun seperti biasalah, di mana ada lembu di situ ada najisnya!

Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Syafie menjawab persoalan tersebut, menurutnya, kerajaan tidak berhasrat menghalang pendaftaran pertubuhan walaupun ianya jelas bercanggah dengan akidah umat Islam. Al marhun turut mempersoalkan bilangan organisasi iblis Freemason ini tumbuh melata secara aktif sehingga mencecah 55 lodge dengan kekuatan ahli 2984 orang termasuk seorang menteri ketika itu!

Terima kaseh atas usaha al marhum tersebut, sekurang kurang terdapat sedikit kesedaran dikalangan umat Islam di Malaysia ini tentang bahayanya organisasi Freemason ini. Walaupun sudah diketahui akan sanggahan itu tidak memberi apa-apa kesan terhadap kerajaan yang kini freemason pesat berkembang di seluruh Malaysia. Bahkan, terdapat golongan profesional muslim menyertainya termasuk doktor, peguam, menteri, agamawan, ahli-ahli politik dan ramai lagi. Tinggal kami yang kerdil ini menjadi lawan kepada mereka yang besar itu!

Bersambung...