Saturday, February 19, 2022

Bahagian 7 : Freemason : Peranannya Dalam Alaf Kini

JIKA diukur dari sudut Islam seperti yang kita ketahui, usia umat Islam ada lima fasa dan mengikut Imam As Suyuthi dalam kitab beliau yang berjudul ‘Al Kassaf’ ketika menerangkan mengenai keluarnya Imam Mahdi a.s berkata, “hadis hanya menunjukkan bahawa : Masa (usia) umat ini (umat Islam) lebih dari 1000 tahun dan tambahannya sama sekali tidak lebih dari 500 tahun.” 

Oleh itu, sebelum tiba masanya akan berlakulah atau berleluasalah fitnah-fitnah dajjal bagi mengalu-alukan kedatangannya seperti yang dijanjikan. Itupun ramai yang masih kata sebagai ‘teori konspirasi, rujuklah kitab kitab dan kajilah bukan keji bila orang yang mengkaji memberitahu kebenaran. Memang benar akhir zaman ini mereka yang memberitahu kebenaran dikatakan pembohong!

Dilihat pada masa sekarang tahun 2022 (1443H), kita sudah melepasi fasa ketiga (mulkan adhodhan) dan sudah pun melewati penghujung fasa ke keempat (mulkan jabbariyyan), apakah kita masih merasa dajjal itu masih belum wujud? Sudah tentu si bangsat ini tidak berdiam dan menunggu masa untuk mati dibunuh Nabi Isa nanti! Tanpa kita sedar dajjal sudah lama merencana agendanya melalui pelbagai organisasi, fitnah dan pergerakkan yang melaksanakan misinya.

Seperti yang kita tahu dan ada yang buat buat tak tahu padahal dia tahu, pertubuhan iblis Freemason sudah menampakkan diri secara meluas dan bergerak sebagai organisasi rasmi yang berdaftar, yakni selepas era 1970-an, mereka mesra masyarakat dan berkebajikan. Mereka juga sudah mula membuka laman-laman web organisasi masing masing dengan mendedahkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada waktu waktu tertentu.

Tindakan organisasi iblis Freemason keluar dari kepompong ‘tersembunyi' adalah satu langkah kelompok freemason untuk menjernihkan pandangan masyarakat dunia terhadap aktiviti-aktiviti sulit mereka. Bagi saya tetap beranggapan Freemason cuba menjadi mesra masyarakat dengan melibatkan diri dalam forum-forum, kerja-kerja amal dan menubuhkan kelab di universiti-universiti antarabangsa. Banyak cabang-cabang rahsia freemason telah lakukan bagi mengelirukan umat manusia tentang rencana agenda dajjal mereka antaranya dalam bidang pendidikan, kesihatan, pertahanan, politik, ekonomi tidak terlepas bidang keagamaan seperti ulama dan tokoh agamawan yang terjebak dengan agenda iblis dajjal ini!

Namun begitu, perkembangan sebegini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak mencurigai visi dan misi organisasi ini. Saya memang tidak mempercayainya dan mereka amat amat memusuhi kita, tapi saya sedih, ada juga agamawan, pemimpin mahupun kerajaan di dunia tunduk pada mereka. Freemason sendiri mempunyai sejarah hitam dikalangan ahli-ahlinya khususnya yang melibatkan pembunuhan dan seksaan fizikal mengikut ritual organisasi.

John Quincy Adams

Terdapat bekas-bekas ahli ahli Freemason sendiri mengakui akan kelencongan organisasi ini dan cuba mendedahkannya kepada orang ramai tentang kejahatan-kejahatan yang cuba disembunyikan pemimpin Freemason. Ada yang mati dibunuh dengan pelbagai cara oleh ejen-ejen rahsia mereka dan ada yang disusahkan hidup mereka sehingga mati.

Antara individu yang mendedahkannya ialah John Quincy Adams (gambar) presiden Amerika Syarikat yang ke-6. Adams juga adalah bekas anggota Freemason tetapi sejak mengetahui kes pembunuhan yang melibatkan ahli di dalam pertubuhan iblis itu, Adams terus mengambil keputusan untuk meninggalkan organisasi iblis Yahudi ini.

Bimbang akan pengaruh freemason dikalangan orang awam, beliau telah menulis suatu buku yang menceritakan hal-hal dalaman Freemason Bimbang akan pengaruh Freemason dikalangan orang awam, beliau yang sangat misteri dan membahayakan masyarakat awam. Buku itu diter bitkan pada 1833 dengan tajuk Letters on Freemasonry. Di dalam bukunya itu Adams mengatakan dengan nada yang tegas;

"Freemason harus dihapuskan selama-lamanya. la sangat menyalahi dan salah sama sekali. Ia benih kesyaitanan yang tidak membawa sebarang kebaikan.”

Bersambung…