Thursday, January 10, 2013

'Ballon d'Or dibuat Hanya Untuk Messi'


AKHBAR Sepanyol kesemuanya menghamburkan pujian buat wira dan produk Akademi La Masia yang paling berjaya, Lionel Messi.  Selepas 20 tahun, rekod terakhir dipegang oleh Marco Van Basten pada tahun 1992 dengan memenangi buat kali ketiga, Messi  menjadi individu pertama memenangi FIFA Ballon d'Or empat kali dengan cara berturut-turut. Sebelum ini belum ada individu pemain hebat memenanginya secara berturut-turut melebihi 3 kali. ‘Budak Kecil Ajaib’ ini berjaya melakukannya. ‘Dia’ kata El Mundo, ‘Klasifikasi Luar Biasa’.

Namun, berbeza pula di negara asalnya, Argentina. Ada yang gembira ada yang mengeji. Terdapat kenyataan supaya Messi ‘membuat’ trofinya sendiri’ setelah diumumkan sebagai pemenang kali keempat berturut-turut FIFA Ballon d'Or, yang hampir tidak patut dijadikan berita! Anugerah sebegini tetap akan  berterusan dan penghormatan sememangnya layak diberikan kepadanya. Walaupun kurang sambutan di Argentina, tetapi tidak begitu di tanah air ‘angkat’ beliau, di mana pelbagai perbahasan yang banyak berkisar tentang gelaran individu penyerang FC Barcelona yang bakal boleh dia menangi sebelum dia bersara.

Berikut adalah antara laporan akhbar di Sepanyol :


1. Akhbar harian Sepanyol, El Pais menulis tentang kejayaan Messi memenangi anugerah tahunan yang beliau di dakapi malam tadi telah memadam rekod yang dipegang Michel Platini yang memenanginya secara hatrik, Johan Cruyff dan Marco van Basten yang masing-masing memenangi tiga kali.

2. ‘Ballon d'Or dibuat untuk Messi’, satu petikan tajuk berita dari sebuah akhbar yang menyebabkan Messi ‘benar-benar gementar’ ketika naik ke pentas untuk mengambil trofi tersebut lalu meluahkan dalam ucapannya.

3. El Mundo menyatakan, Messi percaya kemenangannya bukan disebabkan tajuk ‘Tahun 2012 Milik Messi’, tetapi kemenangan dia dibantu oleh jaringan yang dilakukannya - rekod dunia dengan 91 untuk kelab dan negara dalam satu tahun kalendar disamping bakat yang dimiliki beliau.



4. Laporan lain menjelaskan bahawa disebabkan perkara itulah menjadikan dia seperti ‘intipati magnet’ yang membuatkan ramai peminat bola sepak di seluruh dunia ‘menggigil’ apabila melihat dia beraksi. Ramai yang memujinya sambil menggelarkan Messi sebagai ‘Yang Paling Unik’ dan pemain ‘Yang Terbaik Dalam Generasinya’

5. El Mundo juga memuji bahawa kesemua pemain yang terpilih dalam FIFA / FIFPro World XI kali ini adalah pemain yang beraksi dalam La Liga dengan melabelkan mereka dengan tajuk ‘Zaman Kegemilangan Bagi Negara Sepanyol dan Tidak Mungkin Akan Berulang’.

6. Media Argentina percaya bahawa, ‘pencapaian Messi adalah satu berita hampir yang tidak bernilai lagi’. Selain menambah: ‘Jika ada lagi rekod yang belum dia pecahkan, dia akan lakukan’. ‘Jika dia terus bermain cara sebegini sambil dibantu oleh Iniesta atau Xavi, dia akan menang sekali lagi tahun depan.


Tidak kurang dari itu, Messi terus mengejutkan agensi berita EFE, dengan mengenakan pakaian yang menarik perhatian, iaitu sut ‘polka dot’ sama yang pernah dipakai oleh lagenda Argentina, Diego Maradona.