Monday, January 14, 2013

Messi vs Ronaldo : ‘Permata Yang Jarang Berlaku’


MEREKA berdua kerap berlumba-lumba, bersaing sesama sendiri sehingga mencetuskan fenomena baru dalam dunia bolasepak masa kini. Terdapat pelbagai pendapat, pandangan dan spekulasi yang sering kita dengar dan bualkan yang sering meniti dibibir pelusuk manusia tidak kira apa profesionnya, ahli ekonomi, politik atau rakyat biasa. Mereka berdua memang berbakat, iaitu duo Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang mempunyai banyak persamaan dan sering dipisahkan satu perkara iaitu menang dan kalah.

Kita selalu tertarik dengan mendengar kenyataan jurulatih Real Madrid CF, José Mourinho yang selalu suka mennsensasikan suasana. Baru-baru ini jurulatih Real Madrid itu mencetuskan kontroversi seperti biasa, mengatakan anugerah Ballon d'Or sepatutnya diberi kepada Cristiano Ronaldo. Pada masa yang juga beliau memberitahu kini bukan masanya untuk membandingkan bintang Portugis itu dengan Lionel Messi lagi.



Selepas perlawanan El-Clasico yang ketiga pada tahun lepas, yang berkesudahan seri 2-2 antara FC Barcelona dan Real Madrid CF, kebetulan jaringan kedua-dua gol dijaringkan oleh dua nama, Messi dan Ronaldo. Lalu, Mourinho mengajukan pendapat bahawa mereka berdua adalah pemain yang mulia dan berbakat yang mungkin patut kita iktiraf mereka bersama-sama ataupun berasingan, supaya mereka tidak saling bersaing antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, seperti Mourinho, beliau juga cuba untuk mengelak daripada  menjadi buntu dengan desakan peminat dalam memilih siapa yang bagus. Bagi mereka yang berasal dari Madrid atau peminat Barca, memang tidak dinafikan mereka amat mengagumi dan mengenali kedua-dua lelaki ini. Berikut adalah beberapa fakta mengenai mereka berdua.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo


Kedua-dua pemain ini kerap memperbaharui rekod sebelumnya, ianya serupa seperti satu penghinaan peribadi kerana mudah bagi mereka memecahkannya tahun demi tahun. Pada masa ini, Messi memecahkan rekod dunia Gerd Mueller dengan 91 gol untuk kelab dan negara pada tahun 2012, maka banyak lagi yang akan dipecahkan dan perbandingan pasti untuk diikuti. Maaf, José. Cristiano Ronaldo belum lagi...

Tetapi perkara apakah yang istimewa sangat mereka berdua ini. Menurut pandangan penganalisi sukan, persamaan Ronaldo dan Messi adalah kedua-dua lelaki profesional yang cemerlang, dipercayai dalam latihan, duta yang baik untuk kelab mereka, jelas dan menarik di khalayak ramai, lucu dan disukai keperibadiannya.



Lihatlah kaedah mereka ketika hendak menjaringkan gol. Setiap daripada mereka ada cara tersendiri. Messi sering menggunakan kaki kirinya dan Ronaldo sebelah kaki kanannya - kedua-dua mereka selalunya mudah untuk menggegar jaring apabila menggunakan kaki. Selain itu, mereka berdua boleh melakukannya dari pelbagai arah dan jarak, sama ada rapat, dengan kepala atau sepakan percuma, dan kedua-dua kerap membantu dibahagian bawah, terutama Messi sememangnya lebih luar biasa dalam hal-hal sebegini.

Selain itu, mereka cergas dari segi fizikal, boleh dipercayai, sangat pandai, berjaya dan sentiasa laparkan kejayaan dan memenangi seberapa banyak trofi untuk pasukan, mereka adalah sebenar-benar contoh pemain yang baik. Maka tidak menghairankan jika kedua-dua pemain bola sepak yang hebat dapat memberi manfaat pada anak-anak kita yang meniru kemahiran, dedikasi, kesungguhan mereka dan tindak balas mereka kepada tekanan, maka mereka lakukan tepat perkara yang betul. Kesimpulannya, jika Ronaldo dan Messi disatukan dalam satu pasukan, ramai yang yakin mereka pasti memberikan impak yang belum kita saksikan dalam mana-mana pasukan bolasepak.