Saturday, January 05, 2013

‘The Grandmasters’ Saingan ‘Ip Man’? Apa kata Tony Leung dan Donnie Yen...


SATU lagi filem berbentuk biografi Ip Man dihasil oleh penggiat filem Hong Kong bertajuk ‘The Grandmasters’. Filem durasinya sepanjang 133 minit ini menelan kos pembikinan sebanyak 25 juta dollar, telah diarahkan oleh Wong Kar-Wai dan dibintangi Tony Leung, Zhang Ziyi, Chen Cang, Cung Le, manakala koreografer tersohor Hong Kong, Yuen Wo Ping memantapkan lagi sekuel pertarungannya. Filem ini bakal ditayangan pada tahun ini (2013) termasuk di Amerika Syarikat.

Wong Kar Wai mengambil cerita ‘The Grandmasters’ ini berdasarkan ketokohan guru seni bela diri Wing Chun, Ip Man.  Sebenarnya, awal-awal lagi, penerbitan filem ‘The Grandmasters’ ini telah menduduki carta teratas dalam senarai filem yang akan dikritik dengan label 'filem yang paling dinanti-nantikan tahun 2012. Tetapi persoalannya ialah: kita benar-benar akan dapat melihat filem itu pada tahun 2012? Jawapannya, TIDAK!


Pelakon utamanya, Tony Leung Chiu Wai, mengesahkan ketika beliau sedang dalam mempromosikan filem terbarunya, ‘Great Magician’, katanya, filem ‘The Grandmasters’ sedang dalam persiapan. Mengikut piawaian biasa, bermakna filem ini belum selesai atau belum siap sepenuhnya.

Terdapat juga laporan lain menyatakan bahawa Wong Kar Wai telah meminta Tony Leung kembali menjalani proses penggambaran semula untuk beberapa adegan, kerana khabarnya filem ini bakal dicalonkan pada Festival Filem Cannes. Sememangnya Wong Kar Wai merupakan pengarah yang teliti, jika sesuatu perkara tidak memuaskan, beliau tidak teragak-agak membuat ‘reshoot’ bagi menjaga kualiti dan namanya. Filem Wong Kar Wai secara tradisinya dihasilkan dengan baik dan telah dicalonkan empat kali untuk Palme d'Atau (Happy Together, In The Mood For Love, 2046 dan My Blueberry Nights), serta pernah memenangi anugerah pengarah terbaik untuk filem ‘Happy Together’ pada tahun 1997.


Dalam pada masa yang sama, soalan berhubung dengan filem biografi Ip Man turut diajukan pada Donnie Yen. ‘Ip Man 3’ turut bakal menemui peminat tidak lama lagi.  Ditanya sama ada filem sekuel ‘Ip Man 3’ akan turut bersaing bersama ‘The Grandmasters’ dari tayangannya? Beliau menjawab, kami tidak akan atau perlu menunggu sehingga ‘The Grandmasters’ dikeluarkan dulu sebelum kami membuat satu lagi filem Ip Man, kerana kami telah pun memikirkan dan akan memulakan penggambaran sebaik sahaja kami mempunyai masa dan peluang.

katanya lagi, “Sekarang, saya benar-benar berminat untuk mengetahui sama ada ‘THE GRANDMASTERS’ atauIP MAN 3', 'Pelakon atau Pelakon Beladiri', yang mana satu anda mahu tonton terlebih dahulu?”