Wednesday, January 30, 2013

Valdes: Saya Mahu Bersara Di Sini...


PENJAGA gol utama FC Barcelona ketika ini, Victor Valdes berkata, dia akan menamatkan kariernya di sini (Kelab Catalan).

Pemain antarabangsa Sepanyol itu masih memiliki kontrak bersama FC Barcelona sehingga akhir bulan Jun 2014 di Nou Camp, oleh itu, dia tidak mahu mau tergesa-gesa untuk menandatangani kontrak baru sebelum hampir tamat kontraknya kelak. Valdes berharap dia dapat membantu Barca memenangi dua lagi kejuaraan liga juara-juara eropah.

“Sejak saya menandatangani kontrak baru yang lepas saya tidak mahu lagi bercakap tentang kontrak lanjutan seterusnya. Saya telah menandatangani kontrak yang lepas pada bulan Jun 2009 dan tidak pernah bimbang atau memikirkannya untuk lanjutan seterusnya buat masa ini,” katanya yang kini sudah berusia 30 tahun pada pemberita.


“Ianya bukan masanya untuk saya memikirkan tentang kontrak yang seterusnya, masa panjang lagi waktunya. Buat masa ini saya fokus dengan FC Barcelona dan cuba membantu pasukan untuk memenangi seberapa banyak perlawanan lagi. Cita-cita saya adalah untuk bersara di sini, oleh itu, hanya masa yang menentukan.”

Sememangnya keinginannya untuk menggantung butnya bersama Barca, namun begitu dia tidak menolak kebarangkalian yang akan berlaku dan keinginan untuk mencari kelainan permainan bolasepak ditempat lain.

“Saya telah menghabiskan masa saya berbakti disini selama 11 tahun sebagai penjaga gol dan melalui pelbagai saat manis dan genting. Ini bukan bermakna saya sudah muak untuk terus kekal disini tetapi tidak menolak kemungkinan akan beralih ke budaya, bolasepak dan negara untuk merasai pengalaman baru. Kita akan lihat nanti.”

Buat masa ini FC Barcelona selesa memimpin carta walaupun defisit kini mengecil sedikit dari 11 mata ke 8 mata selepas mendahului hingga akhir musim sejuk baru-baru ini. Bagaimanapun Valdes tidak gemar untuk berbicara tentang kejuaraan liga buat masa ini.


“Kami baru menghabiskan pusingan pertama untuk musim ini. Memang benar setakat ini kami mendahului pasukan yang menduduki tangga kedua dan ketiga dengan jarak yang jauh, tetapi ianya belum penghujungnya,” katanya secara bersahaja.

Tambahnya lagi, “perjalanan liga masih panjang, buat masa ini kami boleh berbangga dengan pencapaian semasa yang selain mendahului liga, kami berjaya ke separuh akhir piala raja Sepanyol dan layak ke pusingan kedua dalam liga juara-juara eropah musim ini. Mana tahu sejarah kegemilangan 2009 berulang kembali.”