Tuesday, January 08, 2013

Selepas Memperlekehkan Bruce Lee, Steven Seagal Cabar Randy Couture!

Waktu zaman mudanya, beliau dilabelkan antara lelaki yang paling mantap tenaga & badan kerana menguasai Qi...

MASIH ingat lagi tak anda pada pelakon dan pengamal beladiri Aikido iaitu Steven Seagal. Beliau popular dalam filem ‘On Deadly Ground’, ‘Under Siege’ dan banyak lagi. Bukan sahaja terkenal sebagai pelakon seni bela diri tetapi beliau juga seorang pakar dalam bela diri jepun iaitu Aikido.

Seagal merupakan orang pertama ‘non-japanesse’ berjaya membuka do-jo di Tokyo dan berjaya memiliki talipinggang hitam tertinggi dalam Aikido. Bukan mudah saudara-saudari sekalian. Bagi mereka yang bukan dari berbangsa Jepun, pasti akan diuji jika ingin membuka ‘gelanggang’ di sana. Beliau membuktikan kepakaran ilmu aikido yang dipelajari dengan mempersembahkan keberkesanan seni Aikido tersebut ke dalam filem.

Setelah begitu lama menyepi, beliau tampil dengan membuat pengumuman ‘kontroversi’. Pada mulanya beliau menempelak Mendiang Bruce Lee dengan mengatakan Bruce Lee tidak sehebat mana dan bukan seorang ‘master’ yang bagus. Kritikannya itu anda boleh saksikan dalam youtube dalam durasi satu minit lebih.


Jaguh UFC digeruni pihak lawan selain keluarga 'Gracie'... Couture pernah bertarung dengan juara heavyweight WWE, Brock Lesnar dalam oktagon UFC.

Baru-baru ini pula, Seagal mencabar seorang jaguh dan legenda UFC, Randy Couture yang juga seorang pelakon aksi dalam filem ‘Scorpion King 2’ dan yang terbaru dalam ‘The Expendable 1 & 2’. Beliau berkata, “dia akan bertarung dengan Randy Couture secara percuma dalam pertarungan ‘No Holds Barred Bout’...”

Beliau menambah, “jika dia benar-benar mahu bertarung, saya  tidak akan berundur atau menolaknya, dia seorang ‘legend’.

Semasa penampilan di G4TV  ‘Attack of the Show’, Couture membalas ‘serangan psikologi’ terhadap Seagal (melalui MMAWeekly.com) dengan menyatakan sebenarnya dia telah merancang bersara dan meninggalkan lapangan gelanggang pertarungan, tetapi jika Seagal benar-benar serius mahu berlawan, dia pun tidak menolak.


Pengamal beladiri dan pakar dalam ilmu Aikido...

Seagal menganggap Couture adalah ‘rakan’, namun dia agak ‘terasa’ dengan komen yang diberikan oleh Couture. Dalam temu bual dengan Ariel Helwani pada ‘Hour MMA’, bintang Hollywood itu bertindak menyahut cabaran Couture tersebut (melalui MMAFighting.com):

“... Saya tertanya-tanya apa niat beliau sebenarnya. Saya selalu menyangka bahawa Randy adalah rakan saya dan seorang yang budiman. Saya keliru mengapa dia berkata sedemikian, tetapi jika benar dia ada niat untuk menguji atau sesiapa sahaja, anda boleh mencari saya bila-bila masa dan mana-mana tempat. Jika Randy benar-benar mahu berlawan, dia boleh melawan saya bila-bila masa dia mahu...”

Manakala Couture pada mulanya menganggap ianya sebagai satu bahan jenaka dari pihak media dan peminat, tetapi Seagal tidak seseorang yang jenis mengambil ringan tentang sesuatu cabaran dan amat sensitif.

Hall of Fame... Couture kini bergelar 'legend' UFC dan melatih ramai petinju berbakat...

Sebagai seorang bintang filem, ramai orang tidak melupakan dan mengingati kehebatan Seagal yang sah datang dari latar belakang seni bela diri iaitu seni bela diri Aikido. Sebagai pemegang ijazah ketujuh tali pinggang hitam dalam Aikido, beliau telah banyak memperoleh peluang untuk mengembara seluruh dunia dan mengajar seni bela diri tersebut kepada orang.

Beliau juga pernah membantu Anderson Silva dan Lyoto Machida, MMA legenda, dalam persiapan menghadapi pertarungan merebut gelaran UFC.

Namun begitu, Seagal sedar akan batasan dan risiko sendiri sekiranya dia menjejak kaki dalam gelanggang pertarungan UFC. Dia mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti James Toney yang bersetuju untuk melangkah ke dalam ‘Octagon’ itu bertarung dengan Couture.


Seagal memegang watak antagonis dalam filem 'Machette'...

Pada usia 60 tahun, tak mungkin Seagal akan bertahan lama apabila melawan Couture, namun, dia bertegas tetap boleh berlawan dengan Couture pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja tempat, asal syarat-syaratnya tidak terlalu mengongkong.

Seagal menjelaskan dalam temubualnya dengan Helwani:

“... Ia akan diadakan secara percuma, dan ia akan berlaku pada tempat di mana tidak terdapat seorang saksi pun. Hanya antara saya dan dia. Saya berharap dia faham, dan jika itulah apa yang dia mahu, dia boleh mendapatkannya pada bila-bila masa dia mahu...”

Nasib baik untuk peminat MMA, pertarungan ini tidak akan berlaku dalam Octagon UFC. Jika tidak ianya pasti berlaku seperti didalam UFC 118 apabila Couture berdepan dengan Toney yang terlebih had berat (gemuk).


Aksi Couture dalam filem 'The Expendables'...

Seagal sebenarnya turut tidak gemar bertarung dalam sangkar seperti dalam gelanggang oktagon MMA. Katanya seperti dalam ‘sarkis’. Katanya lagi, “jika dia mahu bertarung dengan Couture, dia akan tetapkan syarat dan peraturan sendiri”...

“... Saya tidak akan bermain mengikut peraturannya. Saya ada cara saya sendiri. Saya seorang lelaki ada maruah. Saya seorang budiman dan seorang pahlawan, jika dia perlukan saya,  dia tahu di mana untuk  dia mencari saya...”