Thursday, May 09, 2013

Neymar Bersetuju Berpindah Ke FC Barcelona?


BINTANG bolasepak Santos FC dan Brazil, Neymar dijangka akan berpindah ke FC Barcelona pada musim panas ini, menurut akhbar Catalan El Mundo Deportivo wartawan Paco Aguilar. Neymar akan bermain untuk FC Barcelona tahun depan. Kontrak itu dilakukan, “ katanya kepada Radio Monte Carlo.

Penyerang prolifik Santos FC yang kini dilabelkan sebagai 'superstar' baru Brazil kerap dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol sejak beberapa musim kebelakangan ini, namun kerap dinafikan oleh beliau. Terkini beliau dikaitakan kembali dan kelihatan bersedia untuk meninggalkan Santos FC dan melengkapkan perpindahan dalam masa terdekat ini.


Tambahan pula, FC Barcelona sekarang sedang bergelut memperbaiki prestasi yang merundum sejak akhir-akhir ini dek ketumpulan bahagian serangan kerana terlalu mengharapkan sentuhan Lionel Messi seorang. Untuk mengurangkan beban Messi, Neymar adalah jawapan yang secocok selain Lewandoski (penyerang Borussia Dortmund & Poland). Oleh kerana terlalu bergantung pada Messi, FC Barcelona tewas mengejut pada FC Bayern Munich dengan kekalahan besar pada peringkat separuh akhir dalam Liga Juara-Juara Eropah 2013 baru-baru ini.

Neymar kini berusia 21 tahun, adalah masa terbaik untuk mengembangkan bakatnya. Sejak bersama Santos FC, beliau telah membantu kelab tersebut memenangi Copa Libertadores bersama pada tahun 2011 dan Campeonato Paulista dalam sejak tiga tahun yang lalu, manakala bersama pasukan kebangsaannya, belum ada pencapaian yang baik tetapi merupakan pemain penting dalam skuad samba kini. Jika adapun ialah ketika sukan olimpik London yang lepas yang mana mereka menduduki tempat ketiga.


Sebagai info, Neymar pernah bertemu dengan FC Barcelona dalam kejohanan Piala Dunia Kelab 2012 di Tokyo yang kali pertama pertembungan Messi dan Neymar. FC Barcelona menang 4-0. Sejak dari itu, kelibat Neymar dipantau pengurusan dan pencari bakat Barca. Walau bagaimanapun, pada asal persetujuan sepatutnya Neymar akan berpindah selepas Piala Dunia FIFA 2014 di negaranya, nampaknya ia telah berubah dan awal dari yang dijangka.

Tepat pada masanya untuk Neymar berhijrah ke FC Barcelona, ini kerana Barca gagal untuk menjaringkan sebarang gol ketika menentang FC Bayern Munich ketika Messi belum cergas sepenuhnya, dan ‘magis’ Neymar amat-amat diperlukan untuk mengimbangi kekosongan itu. Jika sertai FC Barcelona pada musim panas nanti, beliau menyertai pemain legenda Brazil yang pernah berbakti pada Barca.


Selalunya penyerang Brazil yang sertai FC Barcelona jarang tidak terkecuali ditabalkan sebagai pemain terbaik dunia dan Eropah. Antaranya, Romario, Ronaldo, Rivaldo, Ronaldihno dan mungkin giliran Neymar pula. Mereka berempat digelar 'Legenda 4R' dan keempat-empat mereka pernah memenangi Piala Dunia setelah mewakili FC Barcelona. Untuk perbandingan, gaya permainan Neymar seolah-olah mirip permainan Rivaldo.

Setelah perpindahan tersebut jika menjadi kenyataan, peminat di Malaysia menyaksikan kelibat Messi dan Neymar kelak pada kunjungan FC Barcelona ke Asia 2013 pada Ogos ini di stadium Bukit Jalil. Bukan setakat Neymar dan Messi sahaja, Iniesta, Xavi, Fabreagas, Busquest, Pique, Abidal dan beberapa pemain baru terutama diposisi pertahanan. Sama-sama kita nantikan!