Wednesday, July 24, 2013

Bruce Lee : Sudah 40 Tahun Pemergiannya


BULAN Julai 2013, pelbagai peristiwa berlaku menyusuri hidup kite semua... ibadah puasa, skuad bola kite dimalukan lagi, pada jumaat ni sambutan nuzul quran... banyaklah... ape yang nak ABG JAM kongsikan bersama ENTE semua ialah tentang seorang tokoh filem dan pengamal seni beladiri, Bruce Lee. Sedar tak sedar dah 40 tahun beliau pergi. Bukan kepentingan untuk mengingatinya tetapi jasanya dalam filem seni beladiri amat besar. Tanpanya, mungkin filem seni beladiri lambat mendapat tempat dan diminati. Hasilnya, Industri Hong Kong menjadi pelopor kepada filem seni beladiri. 

Bukan saje dalam perfileman sahaja, jasa beliau didalam ilmu seni beladiri tidak boleh dinafikan sehingga terbentuknya JKD iaitu Jeet Kune Do. Satu beladiri moden yang berlandaskan konsep dan falsafah yang mana boleh disesuaikan pada mana2 beladiri bagi mereka yang mahu mengikuti. Dalam ertikata lain, jika anda pengamal karate, kung fu, taekwondo, silat atau apa2 saje, boleh mengunakan konsep dan falsafah JKD. Bruce Lee juga suke mengikut resmi air, maka tercetuslah falsafah 'Be Like Water'. Banyak lagi falsafah yang beliau 'lontar'kan sepanjang hayatnya, antaranya, 'Be Alert & A Live', 'Fighting Without Fighting' atau 'Knowing is Enough, We Must Apply'. Willing is not Enough We Must Do!'

Buat ABG JAM, KEH meme suke falsafah yang nih...

"...Empty your mind, be formless, shapeless like water, when you put a water into teacup it's become a teacup, put a water into bottle it's become a bottle, put water into teapot it's become a teapot, now, water can flow, creep or can crash, be like water my friend..." - Bruce Lee