Saturday, July 27, 2013

Wrath of Vajra - Teruskan Kesinambungan Filem Kung Fu

 
PASTI ENTE2 semua dah tau kann... ABG JAM pasti akan mengPOSTkan cerita2 dilaman blognyer berkisar tentang dunia aksi dan beladiri (CORE subjek la katakan). Ada jugak yang lain2 seperti pengetahuan ISLAM yang sebaik2 boleh disampaikan setiap hari. MEME minat ABG JAM ke situ dan kebetulan MEME dah KU berada dalam industri perfileman tanahair. Tapi sayang, industri filem kite nih tidak 'selari' dengan pemikiran ABG JAM lah... Siam dan Indon dah berjaya buat filem seni beladiri ke tahap antarabangsa, tapi kite??? huhuhu... Patutlah kite sering gagal dalam membikin filem beladiri...

Kenapa gagal? Cube MIKE lihat filem beladiri luar yang berjaya... Hero utama diorg sape? Jalan cerita nyer ape? Teknik penggambaran ape? Berbeza di Malaysia... Heronya pelakon 'MAT BUNGA', kaki bangku, bukan pengamal seni beladiri boleh jadi Hero untuk semua filem termasuk BELADIRI... HANCUR!!!! Jalan cerita bukan atas dasar perjuangan seni beladiri tetapi sebab perempuan sebagai contoh... HANCUR!!!! SHOT? Hmmm... melo dan lembab serta tak tau nak CUTTING... HANCUR!!!! Bile ABG JAM nak buat sendiri, tiada saper yang kasi peluang... SO, sampai bile pun kite akan gagal bile industri ini tidak berlapang dada untuk memberi peluang pada orang yang berkebolehan...

Lantaklah... jika ada peluang dan dapat 'pembiaya' sendiri, inshaAllah ABG JAM akan buat!!! Meh, jom ABG JAM kongsi lagi dengan ENTE2 semua sebuah lagi filem seni beladiri Cina yang masih meneruskan kesinambungan konsep filemnya iaitu bersandarkan pada pelakon seni beladiri... SO, nih dia sinopsis ceritanya... Selamat membaca ENTE2 semua...


"...Dalam tahun 1930-an, sebelum kuasa-kuasa Barat memasuki Perang Dunia II, kultus 'HITAM' Jepun yang dikenali sebagai 'Kuil Hades' diperintah untuk bekerja bersama-sama pihak tentera dalam membantu agenda untuk melakukan kerosakkan terhadap 'rohani China'. Pahlawan-pahlawan elit percaya bahawa perang boleh dimenangi tanpa menggunakan senjata buatan manusia. Mereka membeli kanak-kanak daripada ibu bapa yang miskin dan melatih mereka dalam seni mempertahankan diri untuk menjadi pembunuh untuk berkhidmat kepada Empayar Jepun. Apabila dia berusia 8 tahun, Vajrasattva adalah antara kanak-kanak yang dijual kepada Kuil Hades. Dia dilayan seperti kuli dan dipaksa bertarung setiap kali untuk mendapatkan makanan, disebabkan perkara itu, dia tidak sengaja menyebabkan kematian saudaranya. Dia membuat sumpah rahsia untuk membalas dendam. Beberapa tahun kemudian, dia dapat melarikan diri ke China dan menyertai Kuil Shaolin Selatan, di mana beliau menerima 'pencerahan rohani' dan berjanji untuk melindungi negara sendiri menentang Jepun..."