Wednesday, July 24, 2013

Mourinho Sindir Rajagopal, Pemain & FAM


SEBENARNYA, ABG JAM bukan minat sangat si mamat bermulut banyak dan nakal nih, al-maklumlah, dia memang selalu jadi seteru pada team kegemaran (FC Barcelona) ABG JAM. Tapi bukan semua perkara yang dia cakap atau lemparkan itu salah... ada masa adakalanya baik jugak... Kan baru2 nih chelsea turun ke Malaysia adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan kite. Dah tau hasilnya, tetap sama dari dulu hingga kini... Keputusan tersebut mendapat reaksi kureng memuaskan buat pengendali chelsea tersebut seolah kecewa dengan corak permainan yang gagal memberi saingan tidak seperti Thailand. Ikuti ulasan dan kenyataan Jose Mourinho ketika ditemubual oleh Chelsea TV.

"Inikah skuad kebangsaan Malaysia? Ada diantara mereka seperti baru diterima masuk kedalam akademi bola sepak. Malaysia sangat bernasib baik kerana kami tidak beraksi dengan keupayaan sepenuh kami. Bukan kerana kami ingin memperlekehkan skuad Malaysia namun gaya permainan mereka sangat mengecewakan dan lemah. Kami menghormatinya dan hanya bermain seperti biasa sahaja"

"Saranan saya kepada jurulatih Malaysia (Rajagopal), pilihlah pemain mengikut potensi mereka dan bukan mengikut prestasi lampau mereka. Agak lucu apabila saya tidak faham langsung dengan cara pemainan mereka (Malaysia). Jadi bermain seperti biasa adalah pilihan yang lebih baik". -Jose Mourinho

Buat FAM, nilailah prestasi jurulatih juga, bukan pemain sahaja. Ada benar juga komen tersebut dan ambil iktibar serta pengajaran. Jangan tolak mentah2. Terlalu lama Rajagopal menjadi jurulatih kebangsaan dan tiada apa yang boleh kite banggakan sangat. Jika ini berlarutan, takut2 nanti tiada pasukan bertaraf antarabangsa sudi bermain dengan kite lagi... 'Next Exhibition' lawan FC Barcelona (kelab bolasepak terbaik dunia)... Sendiri MAU ingat MAAAA... ABG JAM confirm BARCA daaa.... hihihi